Khamis, 4 Ogos 2011

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
Keterangan gambar: Perkahwinan masyarakat melayu melibatkan beberapa langkah seperti merisik, bertunang, nikah/ sanding, majlis sambut menantu (dalam masyarakat bajau semporna, majlis sambut menantu dikenali sebagai maulud nikah yang perlu diadakan pada hari ke-3 selepas majlis nikah dan bersanting). Pelamin seperti di atas digunakan semasa majlis akad nikah dan majlis bersanding.

Perkahwinan orang bajau semporna
lazimnya, perkahwinan orang bajau semporna sama seperti orang melayu di semananjung. cuma, pengantin lelaki perlu membawa beberapa barangan wajib sebagai hantaran seperti kuih penyaram sebagai kahampitan, pisang tandung @ m'pon buaya, cincin @ kabihingin bulik, sekayu kain putih @ kukuh potek, manggis,dan beberapa barangan lagi mengikut keturunan pengantin perempuan. orang-orang tua percaya sekiranya barang wajib ini tidak disediakan maka musibah akan menimpa keluarga pengantin atau pengantin itu sendiri.

Makluman, pelamin merupakan hasil kreativiti PELAMIN SEMPORNA BY PUAN IKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan